Al Quran


Wednesday 11 September 2013

dalam kehidupan ini pasti kita tidak akan pernah lari dari dinilai manusia tidak kurang juga yang berprasangka buruk. Siapalah kita untuk menilai seseorang itu melalui penilaian mata kasar dan citarasa kita sedangkan Allah s.w.t tidak pernah membezakan diantara hamba-hambanya yang lain. Contoh seperti 'kemiskinan'.. Ada yang beranggapan mereka yang miskin ini disebabkan mereka malas untuk berusaha mengubah kehidupan mereka. tapi tahukah saudara yang mereka juga tidak mahu nasib mereka sebegitu rupa. malah kita tidak pernah nampak yang sebenarnya mereka sedang sedaya upaya mereka berusaha untuk mengubah kepada kehidupan yang lebih baik. siapalah kita untuk menghakimi mereka? ingatlah hidup umpama putaran roda dan Allah amat berkuasa keatas sesuatu perkara.

No comments: