Al Quran


Saturday 22 September 2012

Dimurahkan Rezeki

Setiap kali kita selesai membaca Surah Al Waqiah ada baiknya disertai dengan doa ini.
Erti doa surah al-waqiah“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu kepada kami, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah kepada kami, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah kepada kami, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami dimana kami berada, dengan kurniamu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Wednesday 19 September 2012

Doaku untuk mu

Ya Allahhu Ya Rabb.
Wahai tuhanku yang maha pemurah lagi yang maha bijaksana. Aku mohon padamu agar engkau memurahkan rezeki ku. Jika rezeki ku itu ada dilangit maka engkau turunkanlah ia kepada ku. Jika rezeki ku itu ada di dalam bumi maka engkau keluarkan ia kepada ku dan jika rezeki ku itu ada di laut maka engkau sampaikanlah ia kepada ku. Sesungguhnya engkaulah sahaja yang berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan engkaulah jua yang sebaik-baik pemberi rezeki.

Pentingnya solat

Sembahyang tiang agama. Jika kita mampu bercakap sesama sendiri lebih dari 10 minit.. cuba luangkan masa selama 10 minit bersama Allah. Tidak susah tapi ramai yang tidak kisah mengerjakannya.