Al Quran


Tuesday 30 October 2012

doa memohon perlindungan kepada Allah S.W.T

Ya Allah Ya tuhanku,
Ampunkanlah segala dosa-dosaku,
Ampunkan segala dosa kedua ibu-bapaku,
Ya Allah Ya tuhanku,
Engkau berilah kami petunjuk dan berilah kami rahmat serta hidayah wahai tuhan yang sentiasa hidup dan kekal abadi,
Ya Allah Ya tuhanku,
Engkau lindungilah aku dengan kasihmu,
Sesungguhnya kekuasaan mu apa ada dibumi dan apa yang ada dilangit,
Hidup dan mati ku, aku berserah kepadamu dan tidak ada satu makhluk pun dapat menandingi kekuatanmu. amin

Saturday 27 October 2012

Jangan dipukul anak kecil yang menangis


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Wednesday 24 October 2012

Amalan Agar Terhindar Dari Tipu Daya Dajjal Al Masih

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.
Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.”
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat/ berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal. Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” QS. Al-Kahfi: 102. 


10 ayat terawal Sura Al-Kahfi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
[18:1]Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): 

[18:2](Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. 
[18:3]Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. 
[18:4]Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". 
[18:5](Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 
[18:6] Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. 
[18:7]Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 
[18:8] Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. 
[18:9] Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? 
[18:10]Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". 

Ayat terakhir Surah Al-Kahfi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yangdiwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa".
Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan
amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada
Tuhannya".(Qs.Al-Kahfi :110).
والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday 23 October 2012

6 Teka-Teki Imam al-Ghazali Kepada Murid-Muridnya





Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
















Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.













Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)




Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’



Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. 




Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

















Sunday 21 October 2012

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


1. Mendapat Syafaat

  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah S.A.W telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda S.A.W dan berkata : “Wahai Rasulullah S.A.W, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi S.A.W bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (H.R At-Tarmizi)

3. Hati Beriman
  • Rasulullah S.A.W bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 

Tahukah kita apa dia Rukun Iman Dan Rukun Islam?

Rukun Iman ada 6(Enam) perkara,iaitu :
1. Beriman kepada Allah.
Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafikan segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.

2. Beriman kepada malaikat.
Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan Allah.

3. Beriman kepada kitab.
Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.

4. Beriman kepada nabi dan rasul.
Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad.

5. Beriman kepada hari kiamat.
Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.

6. Beriman kepada qada' dan qadar.
Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.



Rukun Islam ada 5(Lima) perkara,iaitu :
1. Mengucap dua kalimah syahadah.

'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

Saturday 20 October 2012

Doa selepas wudhu'

                                    
                    
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa tiada yang menyekutuinya. 
Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. 
Ya Allah, jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. 
Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. 
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. 
Ku mohon ampun dan taubat padaMu. 
Dan ya Allah rahmatilah serta sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi)



Doa Taubat

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah tuhan yang maha besar,
Aku tidak menyembah yang lain selain Allah tuhan yang maha hidup dan yang berdiri dengan sendirinya.
Aku bertaubat dari segala dosa yang telah aku lakukan, sengaja atau dengan tidak sengaja, yang tersembunyi atau terang-terangan, samada dosa kecil atau dosa besar kerana engkau Ya Allah yang maha pengampun akan segala dosa-dosa. Engkaulah yang membuka hati untuk bertaubat, engkau penutup keaiban dan engkaulah juga yang melenyapkan segala kedukaan.
Aku bertaubat dari segala dosa yang aku ketahui atau yang aku tidak ketahui, hanya engkaulah Ya Allah yang maha mengetahui semua yang tersembunyi.
Tidak ada daya kekuatan melainkan dengan kekuatan mu Ya Allah yang maha tinggi dan maha besar.
Ya Allah, sesungguhnya aku menyesali atas semua perbuatan maksiat yang telah aku lakukan dan berilah aku petunjuk agar aku dapat bersungguh-sungguh dalam hal ini.
Ya Allah, jika aku pernah syirik dan syak dalam keimananku serta peng''Esa''anku terhadapmu..ku mohon taubat dan ampunilah kesalahanku.
Aku ingin melafazkan dan mentasdidkan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tuesday 16 October 2012

Doaku menghadapi ujianmu

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tiada kuasa dan dayaku untuk melawan segala ujian dan dugaan yang engkau berikan kepadaku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Tiada seseorang manusia pun mampu menghindar atau memberikan sebarang pertolongan tanpa izinmu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah dan tidak berupaya menahan dugaan dan ujian ini tanpa izinmu. Oleh itu wahai tuhanku yang hidup lagi tidak pernah mati aku bermohon agar engkau menarik serta menghilangkan semua dugaan dan ujian yang telah engkau berikan ini kerana aku sangat lemah menghadapi dan tiada kuasaku untuk menghilangkannya..wahai tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang perkenankanlah doaku ini serta kabulkanlah permintaanku ini Ya Allah tuhan sekelian alam.

Monday 15 October 2012

Ketika diuji

Ketika dirimu diuji dengan berbagai dugaan, disinilah saat kita bertanya kenapa diri ini di uji? Ujian dari Allah S.W.T inilah yang bakal menentukan kesabaran serta kesetiaan kita terhadap penguasa kita iaitu Allah S.W.T. Adakah kita akan keakan berterima kasih kepadanya atau menyalahkannya diatas apa yang terjadi. Disinilah juga iblis laknatullah akan memainkan peranannya meracuni fikiran kita. Renungkanlah.

Thursday 11 October 2012

Kenapa Allah memberikan Hambanya ujian?

Ketika Allah rindukan hambanya, 
ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. 
Dalam hadith kudsi Allah berfirman, 

"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(HR Thabarani dari Abu Umamah)

Wednesday 10 October 2012

Doa Iftitah dan tafsirnya


Allah maha besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya,
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang,
Aku hadapkan wajahku bagi tuhan yang mencipta langit dan bumi,
Dengan suasana lurus serta beserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik,
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku adalah untuk Allah tuhan sekelian alam,
Tidak ada sekutu baginya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan baginya dan aku adalah dari golongan orang islam.

Tuesday 9 October 2012

Bacaan duduk diantara dua sujud dan maknanya

 Rabbighfirli..(Ya Tuhanku ampunilah aku),
 Warhamni..(Rahmatilah aku),
 Wajburnii..(Perbaikilah aku),
 Warfa'nii..(Angkatlah darjatku),
 Warzuqnii..(Berilah aku rezeki),
 Wahdinii..(Pimpinlah aku),
 Wa'Aafinii..(Afiatkanlah aku),
 Wa'fuannii..(Maafkanlah aku).

Thursday 4 October 2012

doa awal pagi

Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang,
Ya Allah Hu Ya Rabb..aku bersyukur kepadamu kerana memberi ku peluang untuk hidup pada hari ini,
Ya Allah Hu Ya Razaq..ku bermohon kepadamu agar mempermudahankan pencarian rezeki ku pada hari ini dan janganlah engkau biarkan aku leka dan lalai sehingga aku lupa tanggung jawap ku kepada mu. sesungguhnya hanya tempat mu saja aku berlindung wahai yg maha berkuasa dari sekeliannya. amin