Al Quran


Tuesday 1 January 2013

Balasan Allah pasti ada

Setiap kali kita membuat kebaikan atau kejahatan PASTI lambat atau cepat Allah akan membalasnya samada didunia ini mahupun diakhirat kelak. ketika Allah memberikan kita ujian atau dugaan atas kejahatan yang pernah kita lakukan dan sekarang kita sudah pun bertaubat itulah tanda Allah sedang menguji keikhlasan kita bertaubat kepadanya dan inilah doa yang saya selalu amalkan ketika dugaan demi dugaan hadir dalam hidup saya.

"Ya Allah...terima kasih kerana menerima taubatku,
Terima kasih kerana memberi diriku peluang untuk terus hidup dan kembali kejalanmu. Aku menerima dugaan dan ujian darimu ini dengan hati yang redha dan ikhlas. Aku bermohon padamu Ya Allah,tuhan seruan sekelian alam agar memberi diriku kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan serta ujian ini kerana sesungguhnya engkau Ya Allah lebih mengetahui apa yang baik bagi diriku serta hidup dan matiku adalah didalam genggamanmu."

No comments: